Home » » Facebook Jejas Mental?

Facebook Jejas Mental?

Written By Nik Syam on Monday, November 12 | 11:03 AM


Berita Harian 12 Nov 2012 - Kajian Kesihatan dan Morbiditi (apa tu?) Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Baru je baca berita ni tadi; Pengarah Hospital Sentosa, Kuching menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari lama sosial Facebook selama 3-7 jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Pada tahun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian di enam sekolah seluruh negara itu dilakukan dari April hingga September lalu membabitkan 6,540 pelajar dengan 4.8 peratus daripadanya didapati mengalami tekanan teruk, 17.1 peratus keresahan teruk dan 5.2 peratus kemurungan teruk. Namun katanya, kajian Projek Rintis Program Minda Sihat Menangani Stress Di kalangan Murid Sekolah itu tidak pula mengkaji faktor penyumbang kepada keadaan berkenaan, cuma mungkin disebabkan masalah keluarga, peperiksaan dan persekitaran sekolah.

Zaman sekarang ni semuanya adalah Facebook (tak pun Twitter), pelajar sekolah lagi la hebat berfacebook, siap ada blog lagi; kalah penulis (ahaks...). Cuma nasihat pada rakan-rakan dan anak-anak (ops...tua ke aku..) pergaulan sosial itu sangat penting janganlah syok on9 24 jam. Tanpa pergaulan sosial (bukan online social network), bagaimana kita hendak memahami dan menguasai keadaan sekeliling, belajar untuk berdikari serta mengukuhkan pengalaman hidup?. Kata orang-orang lama 'Jauh berjalan, Luas pemandangan).

 
Simptom biasa kemurungan:

* Kurang tumpuan dan fokus
* Kurang yakin pada diri dan hilang semangat
* Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna
* Berasa masa depan kelam dan tidak menentu
* Cenderung untuk mencederakan diri atau bunuh diri
* Tidur yang terganggu
* Hilang selera makan

2 comments:

  1. saya pun rasa benda ni boleh sangat berlaku...tambah lagi dengan isu sosial yang tak berapa menentu

    ReplyDelete
  2. gitu la nampaknyer...internet ni keluarga memang kena kawal sikit.
    takut2, jiran sebelah pon x kenal. [-(

    ReplyDelete

Iklan

Promo