Home » » Galaxy S4

Galaxy S4

Written By Nik Syam on Saturday, April 6 | 3:49 PM

Samsung Galaxy S4 yang amat dinanti-nantikan seluruh dunia telah dilancarkan oleh konglomerat Korea baru-baru ini. Dihadirkan dengan bentuk yang lebih kurang sama dengan S3 tetap didakwa lebih nipis, ringan dan padu (solid).

 Introducing S4

Dengan dua pilihan warna; 'White Frost' dan 'Black Mist' dengan dimensi 136.6 x 69.8 x 7.9mm dan skrin 5-inch Full HD Super AMOLED.

Unboxing

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.

Samsung Galaxy S4 dikatakan akan dijual di Malaysia sekitar penghujung April 2013.

0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo