Home » » Samsung Galaxy Mega

Samsung Galaxy Mega

Written By Nik Syam on Sunday, April 21 | 11:41 PM


Konglomerat gergasi Korea Selatan; Samsung pada khamis lepas telah mengumumkan telefon pintar Galaxy variasi baru iaitu Galaxy Mega 6.3 dan Galaxy Mega 5.8

Galaxy Mega bukan sahaja lebih besar daripada Galaxy S3(4.8in) dan S4(5in) bahkan Galaxy Note 2 (5.5in) tetapi di bawah saiz Galaxy Tab (7in). Nampak seperti Samsung hanya bermain dengan 'saiz' dan spesifikasi tidak jauh beza.

S4 vs MEGA
Samsung ada menyatakan bahawa 'it's the perfect device of students', bermakna sasaran pasaran mereka adalah pelajar yang menggabungkan konsep telefon pintar dan tablet. Walau bagaimanapun diharapkan agar harganya juga perlu bersesuaian dengan 'bajet' pelajar ...


Samsung Galaxy Mega 6.3 hadir dengan skrin HD bersaiz 6.3 inci (tiada Super AMOLED kali ini), pemproses dwi-teras 1.7GHz, 1.5GB RAM, Memori Dalaman 8/16GB yang boleh ditambah sehingga 64GB melalui microSD, kamera combo; 8MP dan 1.9MP webcam. Sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan bateri berkapasiti 3.200mAh


Manakala Galaxy 5.8 mempunyai skrin qHD (quarter HD = 960x450 piksel) bersaiz 5.8 inci, pemproses dwi-teras 1.4GHZ, Memori Dalaman 8GB (storan boleh ditingkatkan dengan microSD) dan bateri 2,600mAH. Lain-lain spesifikasi adalah sama sepertimana Galaxy 6.3


Harga masih belum diketahui namun, dijangka akan mula memasuki pasaran Eropah dan Rusia sekitar bulan Mei 2013.

7 comments:

  1. lumayan gede juga ya hpnya gan hahaha

    ReplyDelete
  2. besar juga phone ni, macam lagi besar daripada Galaxy Note II je.

    ReplyDelete
  3. besar je xD apakah.. makin modern makin besar fon.. keh3

    ReplyDelete
  4. terlalu besar, jadinya malah kurang keren

    ReplyDelete

Iklan

Promo