Home » » Galaxy S4 Active

Galaxy S4 Active

Written By Nik Syam on Wednesday, June 5 | 11:13 PM

Baru update tentang Tab 3, sekarang saya persembahkan.... Galaxy S4 Active. Dibina khusus untuk memenuhi kehendak gaya hidup yang aktif dan lasak. Hadir dengan perlindungan penuh; kalis daripada debu dan air (IP67), jadi anda tidak perlu lagi meninggalkan telefon kesayangan di rumah ketika berada di pantai mahupun ketika mendaki. (IP stands for International Protection against ingress of solid foreign objects and harmful ingress of water. The highest level is IP68)

Rekabentuknya yang unik membolehkan ia kalis debu dan kalis air pada kedalaman satu meter selama 30 minit; bermaksud anda boleh guna S4 untuk mengambil gambar di dalam air (audio jack juga kalis air).

Mempunyai spesifikasi tinggi seperi pemproses 4 teras (quad-core) 1.9Ghz dengan sokongan LTE, skrin 5" Full HD TFT LCD (443ppi), fungsi Glove Touch yang membolehkan anda menggunakan sarung tangan (glove) ketika musim sejuk, kamera utama 8MP dengan LED flash light serta kamera hadapan 2MP, 2GB RAM dan Android Jelly Bean 4.2.2






2 comments:

Iklan

Promo