Home » » Samsung Galaxy Grand Quattro

Samsung Galaxy Grand Quattro

Written By Nik Syam on Tuesday, July 30 | 11:12 AM



Syarikat pembuat telefon pintar terkemuka dunia; Samsung telah melancarkan Grand terbaru mereka di India baru-baru iaitu Samsung Galaxy Grand Quattro (turut dikenali sebagai Galaxy Win) yang dikatakan lebih berkuasa berbanding model Grand sebelum ini. Grand Quattro berciri dwi-SIM ini mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan rekabentuknya pula tidak jauh berbeza dengan Galaxy S4 atau Galaxy SIII.


Spesifikasi: Skrin TFT LCD 4.7 inci WVGA (480 x 800 piksel) 
Cip pemproses 4-teras Cortex A5 1.2GHz
Storan 8GB dan RAM 1GB, slot microSD
Kamera utama 5MP dengan flash LED dan kamera hadapan VGA
Boleh memuatkan dua SIM (dual-SIM)
WiFi, Bluetooth, USB 2.0 dan microUSB
Bateri berkapasiti 2000 mAh
Android 4.1 Jelly Bean

Model ini dilihat lebih berkuasa dengan cip pemproses 4 teras yang dimilikinya. Walau bagaimanapun spesifikasinya yang lain tampak sekadar sederhana lebih-lebih lagi kamera utamanya sekadar 5MP dan skrin yang ditawarkan bukanlah versi Super AMOLED. Pengguna yang berminat boleh memilikinya kerana harganya di Malaysia adalah RM999 sahaja.

4 comments:

  1. Baru saja beli tadi....oklah

    ReplyDelete
  2. apa macam.....ada best ?
    hehe

    ReplyDelete
  3. kalo aku sih lebih suka galaxy note

    ReplyDelete
  4. ;(( aku masih pake galaxy young :-b

    ReplyDelete

Iklan

Promo