Home » » Samsung Galaxy S4 Zoom

Samsung Galaxy S4 Zoom

Written By Nik Syam on Friday, July 26 | 10:58 AM



Samsung Galaxy S4 Zoom adalah telefon pintar dikatakan pengganti bagi Samsung Galaxy Camera, walau bagaimanapun, ia adalah hibrid diantara telefon pintar dan kamera bersaiz poket mewujudkan satu kategori baru dalam dunia telefon pintar

Bersaiz 125.3 x 63.3 x 12.5mm (4.93 x 2.45 x 0.6 inci), agak tebal berbanding mana-mana model telefon pintar atau tablet Samsung. Selain daripada ketebalannya, ianya hampir menyamai Samsung Galaxy S4 Mini dengan berat 208g.
Material binaan untuk model ini juga menyamai Galaxy S4 dan model ini disasarkan kepada golongan yang berminat dengan asas fotografi dan tidak inginkan sebuah kamera lain yang berasingan.


Galaxy S4 Zoom hadir dengan skrin 4.3 inci, paparan Super AMOLED beresolusi 960 x 540 (256 ppi). Storan bersaiz 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan slot kad microSD sehingga 64GB. Baterinya pula agak mengecewakan kerana hanya sekadar 2,330 mAh.

Mempunyai pemproses Samsung Exynos 4 dwi-teras 1.5GHz (sama dengan Samsung Galaxy Tab 3 8.0) bersama dengan RAM 1.5GB dan Android 4.2.2 Jelly Bean with TouchWiz

Hadir dengan kamera hadapan 1.9MP dan kamera utama 16MP CMOS sensor, bersama 24-240mm 10x zoom optikal, ISO 100 - 3200 melalui lensa Samsung F3.1 - F6.3.





0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo