Home » » ALTEL Telco Baru Albukhary

ALTEL Telco Baru Albukhary

Written By Nik Syam on Sunday, August 4 | 4:50 PM



KUALA LUMPUR 30 Julai - Penyedia rangkaian telekomunikasi terbaharu, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel) memperkenalkan jenamanya hari ini, dengan menyasarkan pengenalan produk pertamanya pada Ogos ini.

Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group bagi menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat.
Puncak Semangat merupakan salah satu daripada lapan syarikat yang menerima peruntukan Evolusi Jangka Panjang (LTE) atau 4G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tahun lalu.

Altel dijadualkan memperkenalkan produk perkhidmatan talian prabayar Ogos ini, diikuti talian pascabayar dan Internet 4G pada penghujung tahun.

Pengenalan itu susulan daripada pengumuman kerjasama antara Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Puncak Semangat untuk berkongsi peruntukan 4G yang diterima kedua-dua syarikat. Buat permulaan, Altel bakal menggunakan stesen pemancar milik Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Altel, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob berkata, perkongsian stesen pemancar itu merupakan strategi yang lebih menjimatkan kos berbanding keperluan untuk membangunkan keseluruhan sistem 4G yang memerlukan pelaburan sebanyak RM1 bilion.

"Pendekatan ini membolehkan kami melakukan penjimatan yang ketara. Apa pun, untuk jangka masa panjang kami tetap melabur untuk mengukuhkan jenama dan perkhidmatan Altel," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan Altel, di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Altel, Datuk Hilmi Mohd. Noor.

Altel menyasarkan untuk menarik seramai 150,000 pelanggan sepanjang tahun pertama operasinya.
Nik Abdul Aziz berkata, dalam tahun pertama operasi, Altel bakal menggunakan 500 stesen pemancar dan menyasarkan penggunaan itu ditingkatkan kepada 2,100 stesen pada tahun ketiga operasi.

Altel juga tidak menolak untuk mengadakan kerjasama korporat dengan syarikat-syarikat lain di bawah Al-Bukhary Group.

Apa tawaran menarik ALTEL ?

 Pek Permulaan berharga RM7 dengan RM5 kredit tersedia.


ALTEL





kadar ALTEL


4 comments:

  1. info yang sangat menarik gan.
    visit back ea jngan lupa tinggalkan komentar balik :d

    http://cahshare.blogspot.com/2013/08/cara-upgrade-samsung-galaxy-y-gt-s5360.html
    folback juga ea gan..!

    ReplyDelete
  2. Kat mana nak dptkan di seremban ni. Puas tanya. .. negative reply je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm mmg ssh nak cari...
      bese pi kedai cina jrg ada

      Delete

Iklan

Promo