Home » » Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925

Written By Nik Syam on Saturday, August 3 | 5:19 PM


Nokia Lumia 925 merupakan versi terbaru menggantikan Lumia 920, hadir lebih ringan dan lebih nipis.


Dimensi Lumia 925 ialah 70.6mm x 129mm x 8.5mm thick and 139g berbanding Lumia 920, 70.8mm x 130.3mm x 10.7mm and 185g. Skrin AMOLED Lumia 925 memberikan kualiti imej yang terbaik dengan resolusi 1,280 x 768 piksel (332ppi).


Hadir dengan cip pemproses dwi-teras Qualcomm Snapdragon S4 1.5GHz dan 1GB RAM. Storan berkapasiti 16GB (ada versi Vodafone 32GB di UK) namun tiada slot microSD walau bagaimanapun anda akan mendapat storan percuma 7GB menerusi SkyDrive. Kamera PureView 8.7MP Lumia 925 dengan lensa optik Carl Zeiss dan enam lensa fizikal disokongi app Smart Camera.



Nokia Lumia 925 mempunyai bateri 2000 mAh sama seperti versi 920 namun plat belakangnya tidak boleh dibuka. Peranti ini menyokong WiFi, 3G, 4G dan juga Bluetooth 3.0. Penting untuk mengetahui Lumia menggunakan sistem pengoperasian Windows Phone 8 dan bukan Android OS. Harga jualan di Malaysia RM1,599



0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo