Home » » iPhone 5S

iPhone 5S

Written By Nik Syam on Thursday, September 12 | 12:56 AM


  


Introducing iPhone 5S Bersama-sama dengan pelancaran iPhone 5C, Apple turut mengumumkan versi terbaru pengganti iPhone 5 iaitu iPhone 5S, justeru versi lama iPhone 5 dihentikan pengeluarannya. iPhone 5S hadir dengan teknologi pengesanan cap jari, kamera yang lebih baik, cip pemproses terbaru A7, dua kali lebih pantas dan juga iOS 7. iPhone 5S ditawarkan dengan tiga warna iaitu emas, hitam dan perak.



Harga bermula pada £549 untuk model 16GB, £629 untuk 32GB, dan setinggi £709 untuk model dengan storan 64GB. Ini menjadikan iPhone 5S adalah telefon pintar termahal berbanding pesaing yang lain seperti Samsung. Walau bagaimanapun adalah lebih murah dengan pakej kontrak pihak syarikat telco.

 
Apple telah memberi perhatian terhadap kameranya dengan menambah saiz sensor imejnya dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik. iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling.


Apple juga menyatakan bateri iPhone 5S kini lebih baik berbanding sebelumnya; 10 jam masa bercakap, 10 jam pelayaran LTE dan 250 jam masa sedia.

iPhone 5S adalah produk terbaik dari Apple, dengan teknologi pengesanan cap jari menjadikan penggunaan katalaluan berkurangan dan lebih selamat. Sistem kamera yang baru dengan Retina menjadikan sesi bergambar lebih menarik. Bersama iOS 7, iPhone 5S adalah antara yang terbaik di dalam kelasnya.

16 comments:

  1. mcm best je :3 abah lia dh beli iphone5 .... takkan nk beli iphone5s plak? haha

    ReplyDelete
  2. kalau banding dengan htc one atau galaxy s4 iphone ni macam dah kalah teruk je spec dia..btw just my humble opinion je ye :)

    ReplyDelete
  3. Kalau mahal sbb brand baik tak yah bazir duit..baik cari brand lain yg mampu bagi lebih kurang spec tapi harga lebih murah...

    ReplyDelete
  4. Aku tak punya duit iPhone mahallll..haa

    ReplyDelete
  5. iphone ni ada peminatnya yg tersendiri..bkn sbb brand semata-mata..

    ReplyDelete
  6. wow!
    smart.tergodalah pula.
    tapi apakan daya tengok pun jadi..

    ReplyDelete
  7. hmmm.... dah tiba masa aku tukar phone...

    ReplyDelete
  8. Kata nak belanja...mana niiiiiii lama dah tunggu, taksampai sampai pun :'(((((

    ReplyDelete
  9. please click this link, thanks :))

    http://InternetDuty.com/?id=maine22

    ReplyDelete
  10. 10jam ke benda...aku guna men candy crush xsmp 2jam dah low batry...ape lg call...sejam dah low...bazir duet aku...

    ReplyDelete

Iklan

Promo