Home » » Nasi Lemak Telanjang MAS

Nasi Lemak Telanjang MAS

Written By Nik Syam on Sunday, February 2 | 6:52 PM



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.



Komennya seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:
I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?

"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.

Ia menerima lebih kurang 918 'Likes' dan komen yang pelbagai dari pengikut Instagram beliau.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat, termasuk beberapa komen yang dibuat di laman web AstroAwani.com.

"Saya setuju dengan Chef Wan tu. Untuk pengetahuan semua, MAS terpaksa menurunkan kos makanannya disebabkan kerugian yang dialaminya. Sebelum ini okey sahaja pun jadi untuk menampung kerugian tersebut terpaksalah pihak MAS mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah, apa yang berlaku sementara sahaja," kata pembaca Hanafiah Ramli.

Pembaca yang dikenali sebagai 'Roha' pula tulis bahawa sebelum ini, nasi lemak yang disediakan MAS ada ikan bilis, kacang dan disediakan di dalam bekas lain.

"Nasi ada lauk pedas yang mempunyai kombinasi udang dan ikan bilis," tambah beliau.

Pembaca 'Jawing Dongkok' pula ingin zaman kegemilangan MAS pada tahun 1980an dikembalikan.

"Komen Chef Wan tepat sekali. Melihat nasi lemak yang dihidangkan kepada seorang Chef ternama seperti Chef Wan tentulah mengundang komen. Teringat zaman kegemilangan MAS di tahun 1980an berbanding dengan service makanan sekarang amat berbeza sekali. Seruan: Kembalikanlah kegemilangan MAS yang dahulu!" kata beliau.

3 comments:

  1. hoooaaa.macam tu ea.. suh chef wan rasa nasi lemak air asia..

    ReplyDelete
  2. Yummy...Yummy...suka kali aku tu.

    ReplyDelete
  3. banyak sangat hanky panky dalam sistem tender.....

    ReplyDelete

Iklan

Promo