Home » » SAINS POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA UKM 100 TERBAIK DUNIA

SAINS POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA UKM 100 TERBAIK DUNIA

Written By Nik Syam on Sunday, March 2 | 9:38 PM



Hari ini Penarafan Universiti Dunia QS mengumumkan senarai universiti terbaik dunia dalam laman webnya TopUniversities

Mengikut ranking tersebut, hanya dua universiti sahaja dari Malaysia yang menduduki tempat 300 terbaik dunia iaitu UM tempat ke-167 dan UKM tempat ke-269. Tempat yang ke-270 ialah Yeshiva University, diikuti oleh University of Utah dan University of Technology Sydney.

Dalam konteks Asia pula, UM menduduki tangga ke-33 dan UKM tangga ke-57. Mengikut bidang pengajian pula, bagi Sains Sosial dan Pengurusan, UM menduduki tangga ke-32 dan UKM tangga ke-37.

Bagi 10 universiti terbaik Asia yang usianya di bawah 50 tahun, UKM menduduki tempat ke-7 di bawah Hong Kong University of Science and Technology, Nanyang Technological University Singapore, Korea Advanced Institute of Science and Technology, City University of Hong Kong, Pohang University of Science and Technology, dan University of Tsukuba.

Saya gembira dan berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Tetapi itu bukan yang hendak saya ceritakan dalam posting ini. Yang saya hendak ceritakan ialah pencapaian Kursus Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa UKM yang menduduki tempat 100 terbaik dunia. Puasnya hati saya dengan pencapaian ini.


Saya salinkan rankingnya untuk tatapan kawan-kawan supaya boleh turut berbangga dengan pencapaian universiti kita.

1. Harvard University
2. University of Oxford
3. London School of Economics and Political Science
4. Princeton Univesity
5. Yale University
6. University of Cambridge
7. Australian National Univesity
8. Stanford Univesity
9. National University of Singapore
10. University of California, Berkeley
11. Columbia University
12. University of Tokyo
13. Sciencdes Po Paris
14. Georgetown Univesity
15. University of Chicago
16. University of Hong Kong
17. John Hopkins University
18. Cornell University
19. Fudan University
20. New York University
21. Peking University
22. Massachussets Institute of Technology (MIT)
23. Kyoto University
24. University of Sydney
25. University of Melbourne
26. University of Auckland
27. University of California, San Diego
28. King’s College London
29. University of California, Los Angeles
30. Seoul National University
31. Yonsei University, South Korea
32. University of Pennsylvania
33. Univesity of Toronto
34. Leiden Univesity
35. Nanyang Technological University (NTU)
36. University of Edinburg
37. University of Michingan
38. City University of Hong Kong
39. Chinese University of Hong Kong
40. University of Queensland
41. Tsinghua University
42. Korea University
43. University of Manchester
44. University of Warwick
45. Uivesity of Amsterdam
46. Trinity College of Dublin
47. University Collge London
48. McGill Universitty
49. Monash University
50. Duke University
51. Aarhus University
52. Boston Univeswity
53. Brown University
54. Central European University
55. Copengahen Business School
56. Deakin Univerrsity
57. Durham University
58. ETH Zurich (Swiss Fedrtal Institute of Technology)
59. Freie Universitat Berlin
60. Fundacao Getulia Vargas
61. George Washington University
62. Griffith University, Australia
63. Indiana University Bloomington
64. KU Leuven, Germany
65. Keele University, England
66. Lund University, Sweden
67. Northwestern University
68. Pontificia Univesidad Catolica de Chile
69. Ruptecht-Karls-Universitat Heidelberg
70. SOAS-School of Oriental and African Studies, London
71. University of Adelaide
72. University of New South Wales
73. University of Sheffield
74. Universidade de Sao Paolo
75. University of Bologna
76. Univesitat Konstanz, Jerman
77. Univesitat Mannheim, Jerman
78. University of Montreal
79. Universite Libre de Bruxelles (ULB)
80. Universite Paris 1 Poantheon-Sorbonne
81. Universiti Kebangsaan Malaysia
82. University College Dublin
83. University Birmingham
84. University Bristol
85. University of British Columbia
86. University of Cape Town
87. University of Copenhagen
88. University of Essex
89. Univesity of Exeter
90. University of Glasgow
91. University of Heksinki
92. University of Notre Dame
93. University of Otago
94. University of St Andrews
95. University of Sussex
96. University of Texas at Austin
97. Univesity of Washington
98. University of York
99. Victoria University of Wellington
100. VU University of Amsterdam

Disenaraikan menduduki tempat ke-81 di dunia, saya gembira sekali. Rasa bangga menjadi pendidik. Jika letihpun, segar jadinya. Saya pasti juga pencapaian ini menaikkan semangat dan azam rakan-rakan pensyarah saya di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi untuk turut bekerja keras bagi mengekalkan pencapaian ini.

Pencapaian ini satu penghormatan bagi Pusat dan Fakulti saya khasnya, dan UKM amnya. Terima kasih semuanya!


PROF. MADYA DATO' DR. MOHAMMAD AGUS BIN YUSOFF
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia





0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo