Home » » Karpal Singh Mati Kemalangan

Karpal Singh Mati Kemalangan

Written By Nik Syam on Thursday, April 17 | 5:50 AM


Karpal Singh, 74; bekas Presiden DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut dalam suatu kemalangan di laluan Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah utara berhampiran Bukit Tempurung pada jam sekitar 1 pagi tadi. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya; Michael Cornelius, 39. Berita ini disahkan oleh anak sulung beliau Gobindh Singh Deo melalui satu kenyataaan twitter pada jam 3.40 pagi.


Karpal dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk satu kes mahkamah pada waktu pagi, menaiki Toyota Alphard yang dipandu oleh anaknya, Rampkarpal Singh yang juga seorang peguam. Rampkarpal dan pemandu cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.




2 comments:

Iklan

Promo