Home » » Sultan Perak ke-35

Sultan Perak ke-35

Written By Nik Syam on Thursday, May 29 | 10:20 PM



Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 35 menggantikan Almarhum Ayahandanya, Sultan Azlan Shah.

Pemasyhurhan itu diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak.

Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.

Raja Dr Nazrin shah juga merupakan sultan pertama di Malaysia yang mempunyai PhD. Baginda adalah pemegang ijazah Sarjana Muda dari Oxford University dan PhD dari Harvard University.

Daulat Tuanku.

Keluarga DiRaja Perak

Ucaptama Anugerah Merdeka

3 comments:

  1. semoga amanah dan bisa mengayomi rakyat

    ReplyDelete
  2. semoga menjadi pemimpin yang baik :D

    ReplyDelete

Iklan

Promo