Home » » Oppo Find 7

Oppo Find 7

Written By Nik Syam on Friday, July 18 | 9:47 PM


Oppo Find 7
Oppo Find 7

Oppo Find 7 merupakan produk terbaru yang ditawarkan oleh Oppo; sebuah syarikat berpengkalan di China. Spesifikasi tinggi hampir setara dengan nama-nama besar yang lain tapi dengan harga sedikit lebih murah. Oppo Find 7 dikuasakan oleh cipset empat-teras 2.5GHz Snapdragon 801; cipset yang sama ada pada Samsung Galaxy S5 dan Sony Xperia Z2

Oppo Find 7 hadir dengan memori 3GB, storan dalaman 32GB dengan sokongan microSD, GPU Adreno 330, menggunapakai ColorOS 1.2 berasaskan Android 4.3 (Jelly Bean) dab bateri berkuasa 3,000mAh. 


Sekilas Pandang Oppo Find 7

Peranti ini hadir dengan paparan Quad HD IPS LCD beresolusi 1440 x 2560 piksel dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Kamera utama dengan keupayaan 13MP dan mampu untuk merakam video 4K Ultra HD selain daripada merakam video HD 720p pada kadar 120fps. Bagi yang gemar untuk berselfie, ada kamera hadapan 5MP



Oppo Find 7 lwn Samsung Galaxy S5


Terdapat dua versi Oppo Find 7. Selain dari yang atas ada juga versi Oppo Find 7a yang mempunyai spesifikasi sedikit rendah iaitu paparan HD Penuh (Full HD), pemproses 2.3GHz Quad-Core snapdragon 801, 2GB RAM dan bateri berkapasiti 2,800mAh.

Apa yang menarik bagi Oppo Find 7 ini adalah teknologi pengecajan pantas VOOC (VOOC rapid charging technology) yang membolehkan peranti ini dicaj sehingga 75% dalam masa hanya 30 minit.

Oppo boleh dikatakan agak nama yang agak asing sebelum ini. Namun, produk yang ditawarkan adalah setanding dengan nama-nama besar dunia telefon pintar.

Oppo Find 7


9 comments:

  1. Replies
    1. murah berbanding apple n samsung . hehe

      Delete
  2. Menarik...boleh riki-riki untuk beli nanti

    ReplyDelete
  3. very good, but the Oppo Find 7 has support aplikasi uc browser?

    ReplyDelete
  4. that is nice cell phone with special design and think with this mobile phone we can listen music in best conditional

    ReplyDelete

Iklan

Promo