Home » » 10 Perkara Azmin Ali

10 Perkara Azmin Ali

Written By Nik Syam on Monday, September 22 | 10:34 PM


  1.  Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa
  2.  Lahir di Singapura namun membesar di Kuala Lumpur. Berumur 50 tahun, suami kepada Shamsida Taharin. Bapa kepada tiga orang putera dan tiga orang puteri
  3.  Melanjutkan pengajian di University of Minnesota di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Matematik serta Sarjana Pendidikan. Sangat berminat dengan politik. Ketika di Amerika beliau sering berjumpa dan berdiskusi dengan mantan PM; Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  4. Selepas menamatkan pengajian sarjananya pada tahun 1987, atas nasihat Mahathir, beliau bekerja dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan menjadi setiausaha peribadi Anwar
  5. Beliau dinaikkan pengkat sebagai setiausaha sulit Anwar pada tahun 1989 dan bekerja dengan Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri
  6. Pada tahun 1998, menjadi salah seorang pelopor penubuhan Parti Keadilan Nasional
  7. Dilantik sebagai ADUN Hulu Kelang selepas menang pada Pilihanraya 1999
  8. Azmin dilarang menyertai Pilihanraya 2004 atas tuduhan menipu di dalam kes liwat Anwar namun tuduhan itu digugurkan
  9. Pada tahun 2008 dan 2013, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di Selangor
  10. Pada 22 September 2014, Sultan Selangor melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru berkuatkuasa bermula 23 September 2014





0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo