Home » » Apple iPad Air 2

Apple iPad Air 2

Written By Nik Syam on Monday, October 27 | 11:16 PM






Apple iPad 2 telah pun dilancarkan pada 16 Oktober yang lalu.


Apa yang menarik? ia merupakan tablet paling nipis di dunia, lebih ringan, warna lebih tajam dan jelas, kurang reflektif cahaya dan teknologi Touch-ID. Versi kali ini juga lebih pantas dengan cip A8X 64-bit generasi kedua dan M8 motion coprocessor serta dijanjikan hayat bateri lebih lama sehingga 10 jam.



Dari segi keupayaan, cip A8X yang baru 40% lebih laju berbanding cip A7 dan 2.5 kali lebih baik prestasi grafiknya.

iPad Air 2 hadir dengan kamera iSight 8MP, mampu merakam gambar beresolusi 3264 x 2448 dan video HD 1080p.


iPad Air 2 ditawarkan pada harga bermula USD499 untuk versi 16GB, USD599 (32GB) dan USD699 (128GB) serta tambahan USD130 untuk versi LTE. Manakala untuk versi lama iPad Air turun harga sebanyak USD100 kepada USD399

1 comments:

Iklan

Promo