Home » » Bisnes Kondom pun Kaya

Bisnes Kondom pun Kaya

Written By Nik Syam on Wednesday, October 8 | 7:57 PM






Goh Miah Kiat merupakan pemilik Karex Bhd., pengeluar kondom terbesar dunia. Di dalam dunia perubatan, pengamal penjagaan kesihatan mengkategorikannya di dalam aras tinggi keperluan keselamatan iaitu Class 2B yang lebih tinggi daripada sarung tangan (Class 2A).


Walau bagaimanapun, tidak seperti sarung tangan getah (rubber gloves), lebih banyak pelaburan yang diperlukan dalam aspek kawalan mutu bagi memastikan kondom tidak bocor dan mematuhi spesifikasi kekuatan, panjang dan visual serta pembungkusan yang bersih dari pencemaran.

Goh menyatakan bahawa pelaburan yang tinggi itu digunakan agar produk yang dihasilkan mematuhi keperluan ISO 4074, spesifikasi WHO dan piawaian ASTM D3492-03

Sebagai mematuhi piawaian ISO 4074, setiap kondom perlu melalui ujian secara elektronik dan juga semakan secara persampelan untuk menguji mutu dan keregangannya.

Dalam ujian elektrolit air (elctrolyte water test), kondom dipenuhkan dengan air dan ditenggelamkan di dalam tangki air. Sekiranya terdapat ketirisan yang halus, mesin itu akan dapat mengenalpasti secara automatik. Setiap kondom juga akan diisi dengan udara sehinggan minimum 18 liter dan dapat menahann tekanan 1kPa sebelum meletus.

Kondom dijual dengan kelebaran di antara 49mm - 60mm, di mana 52mm yang paling digemari. ISO 4074 menetapkan kepanjangan minimum pada 160mm tetapi WHO mencadangkan 180mm bagi memenuhi keperluan pasaran (one size does not fit all)

Sebagai pengeluar terbesar kondom dari segi jumlah, Karex menghasilkan 4 bilion kondom setahun di mana Perunding industri menganggarkan pasaran kondom global bernilai USD6 bilion (RM19.68 bilion) pada tahun 2015.

Ketika ini Karex menguasai 15% pasaran dunia. Dari segi jenama, Durex (milik Reckitt Benckiser Group Britain), Trojan (milik Church & Dwight USA) and Lifestyles (by Ansell Ltd Australia) memegang 25% pasaran kondom dunia.....

Karex juga ada menghasilkan kondom jenama sendiri iaitu Carex dan juga INNO yang kebanyakkanya dieksport ke Timur Tengah

www.karex.com.my


Bisnes kondom pun kaya... :)

4 comments:

Iklan

Promo