Home » » Minyak Naik

Minyak Naik

Written By Nik Syam on Saturday, October 4 | 11:51 PM






Harga bagi petrol RON95 naik 20 sen per liter berkuatkuasa 12AM, 2 Oktober 2014

Bermula 2 Oktober, harga runcit bagi RON95 ialah RM2.30 seliter manakala diesel pada harga RM2.20 seliter. Harga pasaran bagi RON95 ialah RM2.58 seliter dan diesel RM2.52 seliter sebagaimana yang dinyatakan oleh KPDNKK.

Sejurus dengan pengumuman itu, orang ramai berpusu-pusu memenuhi stesen-stesen minyak untuk mengisi minyak yang menyebabkan kesesakan dan ada yang menunggu lama sehingga 30 minit.

KPDNKK menjelaskan bahawa pengurangan subsidi minyak ini adalah selari dengan Polisi Rasionalisasi Subsidi yang bertujuan untuk memantapkan status kewangan negara, mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan penyeludupan komoditi bersubsidi.


Kesan kenaikan harga minyak adalah secara domino, 'minyak naik, semua akan ikut naik' bermakna kos sara hidup akan meningkat lagi.

Kita cuma boleh berharap agar pembentangan bajet kali ini benar-benar 'mendengar degup nadi rakyat'.


0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo