Home » » Akta Hasutan 1948 Kekal

Akta Hasutan 1948 Kekal

Written By Nik Syam on Thursday, November 27 | 9:16 PM


Dalam ucapan polisinya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-68, perdana menteri yang juga presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Akta Hasutan bukan Alat

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna bagi mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dalam catatan terbaharu di dalam blog paklah.net, Abdullah menegaskan, tiada rang undang-undang yang akan menyelamatkan parti dari kehilangan kuasa seandainya rakyat sudah tidak memberi sokongan kepada UMNO.

"Dalam keghairahan kita menyambut baik pengekalan Akta Hasutan, saya ingin mengingatkan, kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat," jelasnya.

Sudah Dijangka

Pengumuman pengekalan Akta Hasutan 1948 agak “mengecewakan, namun sudah dijangka.”

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata demikian selain mendakwa UMNO akan bertindak menggunakan akta tersebut apabila berdepan kritikan atau penentangan.

Tambahnya, persidangan yang seharusnya memfokus kepada perkara yang lebih penting seperti isu ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, sebaliknya digunakan hanya untuk berbincang soal bangsa dan agama.

Mudah Disalahguna

Sementara itu, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen ketika dihubungi bimbang akta ini akan disalah guna selain penerapannya yang mungkin berat sebelah.

"Ia mungkin disalah guna sepertimana ISA untuk mensasarkan pihak Pembangkang dan penentang, juga mencetuskan suasana takut," katanya.

Peruntukan Baru Ditambah

 Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

"Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.

"Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO ke-68, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sejurus Presiden UMNO mengumumkan pengekalan Akta Hasutan, para perwakilan berdiri dan memberikan tepukan gemuruh.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pengekalan-akta-hasutan-sudah-dijangka-rafizi-ramli-49276

2 comments:

  1. selepas mati ISA, banyak perkara-perkara yang sensitiviti agama terjadi. alvin ngan vivi tu saja buat berbijik-bijik tanpa takut. pemansuhan ISA adalah silap, sepatutnya diperbaiki, bukan mansuh awal dulu. tapi bagus lah klu nak wat balik.
    Rafizi Ramli sungguh kata lebih baik bincang ekonomi dan kos sara hidup dari isu bangsa dan agama?
    tak kiralah sapa pun, isu agama adalah nombor satu, mungkin kita boleh tolak sikit isu bangsa, tapi isu agama, mesti teratas sebelum isu-isu lain.
    sekian

    ReplyDelete

Iklan

Promo