Home » » Balak dan Banjir

Balak dan Banjir

Written By Nik Syam on Tuesday, January 6 | 11:20 PM




Balak dan Banjir

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim menyarankan suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan baru- baru ini.

Beliau berkata, banjir itu memberi kesan dahsyat terhadap semua daerah terlibat termasuk golongan nelayan.

Penafian Kerajaan Negeri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, menafikan fenomena banjir itu berlaku disebabkan pembukaan tanah secara besar-besaran di kawasan Ulu Kelantan, sebalik disebabkan taburan tinggi hujan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dalam bekerjasama dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah kecuali Bachok dan Pasir Puteh.

Pembalakan Haram
 
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu.

Tegas Shahidan, penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.

Terdahulu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga dilaporkan mencadangkan sebuah jawatankuasa bertindak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan bagi menangani masalah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung. 

Buktikan Penyelewengan
 
Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu menegaskan partinya tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," Mohamed dilaporkan berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perjumpaan Tertutup Negeri dan Pusat
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan banjir di Kelantan sebelum mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir Kelantan di Kota Bharu

Sejurus selepas itu, satu jawatankuasa pasca banjir yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ditubuhkan bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata setakat ini, anggaran jumlah kerosakan harta awam milik kerajaan di Kelantan adalah bernilai RM932.4 juta melibatkan bangunan kerajaan, hospital, balai polis dan jalan raya.

Kadangkala yang berlebih-lebihan adalah keyboard warrior di media sosial. Sering mengeluarkan status serta komen yang provokasi dan memecahbelahkan rakyat.

4 comments:

  1. hai, kunjungan balik dari temanmu di Indonesia ni

    ReplyDelete
  2. I am extremely impressed along with your writing abilities, Thanks for this great share.

    ReplyDelete
  3. I don't know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time. Thanks a million for sharing this article.

    ReplyDelete
  4. Hi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Iklan

Promo