Home » » Minyak, Harga Barang dan Kaum

Minyak, Harga Barang dan Kaum

Written By Nik Syam on Thursday, February 5 | 9:33 AM




Turunkan Harga Barang

Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan persatuan pengguna, pemborong, pembekal dan peniaga bagi mencapai kata sepakat berkenaan harga barang yang relevan dengan ekonomi semasa.

Penganalisis Eknonomi, Datuk Prof Mohd Yusof Kasim berkata, perbincangan itu perlu meliputi kos pengeluaran, kos bahan mentah, tenaga dan pengangkutan, supaya harga barangan relevan untuk harga pasaran dan tidak membebankan pengguna.

"Jika selepas perbincangan, tetapi masih ada yang ingkar (harga masih tinggi), maka pengguna boleh mengambil tindakan sewajarnya secara berkumpulan supaya pengeluar terbabit boleh dikenakan tindakan," katanya kepada Bernama.

Mohd Yusof yang juga Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berkata, berikutan penurunan harga minyak dan keadaan ekonomi semasa ketika ini, para pembekal dan pemborong yang menurunkan harga barangan mereka pasti akan dapat meningkatkan lagi jualan mereka.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 perlu bagi membanteras keengganan peniaga menurunkan harga barang.

Umno Tidak Pernah Rasis

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini berkata orang Cina tidak mungkin akan dapat hidup senang lenang jika Umno itu rasis sebagaimana yang didakwa.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat memboikot peniaga Cina yang 'degil', beliau berkata tujuan gesaan boikot itu adalah supaya semua rakyat dapat merasai nikmatnya.

"Umno tak pernah rasis. Kalau Umno rasis, Barisan Nasional (BN) rasis, orang Cina, India tidak dapat manfaat.

"Kita berjuang untuk semua... harga turun, semua dapat nikmat," kata Syed Ali ketika ditemui selepas menyertai sidang media khas oleh 92 Ketua Umno Bahagian dari seluruh Malaysia menyatakan sokongan terhadap Ismail Sabri.

Menurut beliau, tujuan Ismail Sabri menyuruh rakyat berbuat demikian adalah kerana rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan harga barang dengan memberi tekanan kepada peniaga-peniaga tersebut.

Kecam Tindakan Ketua Pemuda MCA

Terdahulu, Syed Ali bersama 92 Ketua Umno Bahagian yang lain mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atas Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon kerana menggesa Ismail Sabri digugurkan dari kabinet berikutan kenyataannya itu.

Mereka juga mengecam tindakan Sin Woon yang bukan sahaja mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Ismail Sabri, malah dikatakan secara terang telah menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Sin Woon dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun menafikan dakwaan mahu bersekongkol dengan DAP, sambil mengatakan bahawa dakwaan tersebut 'karut semata-mata'.

Isu Tiada Kaitan Perkauman

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mengaitkan isu itu dengan perkauman bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut, sebaliknya perlu dijalankan kajian bagi mencari punca sebenar ia berlaku.

“Ini bukan soal Melayu, Cina atau India, tapi soal barangan. Kalau harga barang yang naik itu dijual oleh orang Cina, begitu juga dengan peniaga bangsa lain. Kalau harga barangan tidak naik pun, ia tidak diturunkan.

“Ini soal harga minyak turun, tapi kenapa harga barangan tidak turun. Ia tiada kaitan dengan soal bangsa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan peletakan plak Warisan Kebangsaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina untuk menurunkan harga barang.

Ismail melalui laman Facebook baru-baru ini menasihatkan pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina supaya memberi tekanan agar harga barang di pasaran jatuh.

Kata Tun Mahathir, peniaga di Malaysia ini kebanyakannya dari kalangan bangsa Cina dan realiti itu diakui semua sejak sekian lama.

4 comments:

  1. I am extremely impressed along with your writing abilities, Thanks for this great share.

    ReplyDelete
  2. I don't know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time. Thanks a million for sharing this article.

    ReplyDelete
  3. Hi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. This is the precise weblog for anybody who needs to seek out out about this topic. You notice so much its almost arduous to argue with you. You positively put a brand new spin on a subject that's been written about for years. Nice stuff, simply nice!

    ReplyDelete

Iklan

Promo