Home » » Microsoft Surface Pro 4

Microsoft Surface Pro 4

Written By Nik Syam on Saturday, November 7 | 12:00 PM


Microsoft mula mengambil langkah yang agak aggresif bagi menyaingi pencapaian Apple dengan melancarkan Surface, 'tablet yang boleh menjadi pengganti komputer riba anda'.


Pada versi 2015 kali ini, dengan menggunapakai pemproses Intel generasi terbaru Skylake, skrin lebih besar pada 12.3 inci dengan kadar aspek 3:2 dan beresolusi 2736 x 1824 (267ppi). Microsoft turut menyenaraikan penggunaan Windows 10 pada kali ini.

Surface Pro 4 berketebalan 8.4mm, lebih nipis berbanding Surface Pro 3 (9.1mm) walaupun dengan skrin yang lebih besar dan seberat 766g (M3) / 786g (i5 & i7)

Terdapat lima variasi Surface Pro 4 yang boleh dipilih sebagaimana gambar di bawah:

Harganya bermula pada RM3,999 untuk versi Core M3 sehingga RM9,799 untuk versi aras tertinggi (Intel Core i7); pra-tempahan sudah boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, Type Cover yang berharga RM529 dan Dock yang berharga RM789 dijual secara berasingan.


Microsoft Surface Pro 4 : Full time tablet, Part time laptop.



0 comments:

Post a Comment

Iklan

Promo